Rugi RM178,000 terpedaya dengan ‘dermawan’

Oleh – Syeikh Baran


Rugi RM178,000 terpedaya dengan 'dermawan'
FOTO HIASAN

Seorang wanita warga emas terpaksa menanggung kerugian RM178,000 selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata wanita berusia 70-an itu memaklumkan menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan ‘Navicap’ pada 15 November lalu.

“Wanita itu seterusnya membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke akaun yang diberikan oleh suspek.



“Bagaimanapun, mangsa gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan dijanjikan bagi pelaburan yang dibuat, atas alasan akaunnya dibekukan.

“Menyedari ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mantin, jam 10 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang berusaha mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker