Aedy Ashraf jatuh cinta dengan Amelia Henderson
Kecantikan tak kekal lama, rupa paras bukan sebab
Aedy Ashraf jatuh cinta dengan Amelia Henderson
KECANTIKAN dan rupa paras bukan faktor utama pelakon Aedy Ashraf jatuh hati terhadap kekasihnya iaitu aktres Amelia Henderson.
Bagi Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, perkara itu tidak akan kekal lama dan tidak sepatutnya dijadikan ukuran dalam sesebuah perhubungan.
Sebaliknya personaliti Amelia penyebab dia tertarik mendekati teman wanitanya itu sebelum ini.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.
“Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polis Siasat Tony Pua Kerana Menyindir Kuasa Agong
- Jangan Terburu-Buru Dalam Perjuangan Keadilan Untuk Najib
- UMNO teruskan usaha pembelaan Najib Razak
“Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada kecantikan dalam bercinta,” katanya kepada mStar.
Aedy ditemui ketika majlis tayangan drama terbaharu lakonannya berjudul I.D yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah pelakon ini meskipun kini mereka dalam fasa bahagia namun tidak pernah meletakkan sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Menurutnya dia dan Amelia sama-sama sibuk dalam kerjaya dan mahu memberi fokus kepada apa yang sedang diusahakan sekarang ini.
Amelia pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan
AEDY ASHRAF
PELAKON
“Belum ada perancang lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan.
“Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia,” ujarnya.
Terbuka bercakap tentang hubungan mereka, Aedy juga bimbang sekiranya ramai yang mula rimas apabila hanya berkongsi perkara sama.
“Kalau ada yang bertanya, jawapan saya tetap sama. Saya tidak rimas, cuma takut orang lain pula rasa sebegitu.
“Saya akan sentiasa memberi jawapan terbaik mengikut situasi dan apa yang dirasakan relevan ketika itu tentang hubungan kami,” jelasnya.
Sementara itu, Amelia juga turut sama berlakon dalam drama I.D yang merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 dan ia bakal memulakan tayangan pada 23 Februari di saluran Astro Premier 410.
Drama ini mendedahkan tentang insiden serta isu-isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi.
Selain Aedy dan Amelia, pelakon lain yang turut terlibat adalah Naim Daniel, Datuk Rosyam Nor, Allyza Azizi dan Shantni Venugopal.
Aedy Ashraf jatuh cinta dengan Amelia Henderson
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Ramkarpal Singh Sebenarnya Takut Sahut Cabaran Debat Dengan Wakil DS Najib?
- Fakta Paling Asas Mengapa Keadilan Perbicaraan Kes SRC Di Persoalkan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :