Bolehkah Sejuta Tandatangan Yang Akan Di Kumpul UMNO Dapatkan Pengampunan Penuh Untuk DS Najib

Bolehkah Sejuta Tandatangan Yang Akan Di Kumpul UMNO Dapatkan Pengampunan Penuh Untuk DS Najib

Bolehkah Sejuta Tandatangan Yang Akan Di Kumpul UMNO Dapatkan Pengampunan Penuh Untuk DS Najib

Dalam satu mesyuarat tertutup antara Presiden UMNO, DS Zahid, bersama 191 Ketua Bahagian UMNO, dilaporkan DS Zahid mengeluarkan arahan khas kepada mereka.

Menurut salah seorang Ketua Bahagian UMNO yang hadir dalam mesyuarat tersebut, DS Zahid mengarah kesemua 191 Ketua Bahagian mengumpulkan 1 juta tandatangan.

Ianya akan digunakan sebagai petisyen untuk mendapatkan pengampunan penuh untuk mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak.



Ianya adalah satu usaha yang baik sebagai simbol perjuangan berterusan UMNO untuk mendapatkan keadilan untuk DS Najib.

Sejauh mana ianya berkesan untuk mencapai matlamat yang diharapkan, adalah sesuatu yang perlu dibahaskan.

Dalam tulisan sebelum ini, penulis sudah nyatakan, perjuangan keadilan untuk DS Najib hanya akan mendapat perhatian istana sekiranya ia dilihat sebagai perjuangan rakyat marhaen.

Tetapi, sekiranya pihak istana melihat perjuangan ini adalah perjuangan parti politik, agak sukar untuk ianya mendapat perhatian istana.



Jangan jadikan perjuangan keadilan untuk DS Najib sebagai perjuangan politik.

Jangan lupa, selain dari pernah menjadi Presiden UMNO, DS Najib juga adalah mantan perdana menteri Malaysia.

Terlalu banyak jasa yang telah beliau taburkan kepada rakyat dan negara ini ketika menjadi perdana menteri.

Tandatangan yang dikumpul mestilah terdiri dari rakyat yang datangnya dari pelbagai agama dan bangsa.



Jangan hanya tertumpu di Malaysia Barat sahaja, tetapi tandatangan juga mesti diperolehi dari rakyat Sabah dan Sarawak.

Sebaik-baiknya, sebelum pengumpulan tandatangan dikumpul penerangan di seluruh negara mesti diberikan.

Terangkan kepada rakyat, mengapa DS Najib mesti diberi pengampunan penuh mesti dilakukan di seluruh negara.

Ingat, sebelum menjadi YDP Agong ke XVII, baginda pernah bertitah, keutamaan baginda adalah kepada 32 juta rakyat Malaysia dan bukan 222 ahli parlimen.



Bolehkah Sejuta Tandatangan Yang Akan Di Kumpul UMNO Dapatkan Pengampunan Penuh Untuk DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button