Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

Rahsia Yang Pernah Terkunci Rapi

Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

Dalam industri hiburan yang penuh populariti, kehidupan para selebriti sering kali menuai perhatian para netizen.

Namun, dibalik sorotan panggung, terkadang ada kisah cinta yang tersimpan rapi, tersembunyi dari tatapan umum, media dan peminat.

Berikut adalah kisah menarik tentang pasangan selebriti Malaysia yang pernah melangsungkan pernikahan secara ‘diam-diam’, tanpa pengetahuan media dan peminat mereka pada suatu ketika dahulu, berdasarkan fakta yang telah terungkap.



1. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

 

Bekas pasangan suami isteri ini tidak pernah lekang dengan kontroversi. Mereka disahkan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan berjaya menyorokkan status mereka selama 10 bulan yakni selepas Rita disahkan hamil dua bulan.

Bagaimanapun, pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan menceraikan Rita dengan talak satu menerusi SMS pada Ogos 2013.

Namun, isu tuntutan nafkah anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 6, oleh Rita terhadap bekas suami belum selesai sehingga ke hari ini.

2. Aeril Zafril dan Wawa Zainal

Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

 

Pasangan pelakon ini antara paling hangat diperkatakan media dan peminat. Aeril mendedahkan mereka bernikah dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.



Pasangan itu dikatakan mula bercinta selepas bergandingan dalam filem Klik pada 2010. Hubungan mereka sebagai suami isteri hanya diketahui umum pada Oktober 2013.

3. Ummi Nazeera dan Dr Izzar

Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

 

Pasangan ini berjaya merahsiakan perkahwinan mereka yang sebenarnya sudah berlangsung seminggu sebelum tarikh diumumkan kepada media.

Ummi Nazeera mendedahkan dirinya sah bergelar isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 melalui satu kenyataan media yang dibuat pada 3 Ogos, tarikh asal sepatutnya mereka bernikah.

4. Siti Elizad dan Shamsul Baharin

Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

 

Selepas tiga bulan mengunci mulut, pelakon Siti Elizad, 31, mendedahkan sudah bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 43, pada 11 Januari 2015.

Pengakuan itu dibuat pada 7 April tahun sama. Elizad mendakwa terpaksa merahsiakan perkara itu demi menghormati permintaan keluarga. Apatah lagi bapanya yang uzur mahu majlis pernikahan itu hanya dihadiri keluarga terdekat.

5. Alyah dan Datuk Ramli MS

 

Hubungan sebagai suami isteri terbongkar selepas insiden ‘tangkap basah’ oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman mereka di Puchong pada Ogos 2014.

Mereka dilaporkan sudah berkahwin pada 18 Mac 2013, yakni lebih setahun sebelum insiden itu berlaku tanpa pengetahuan media dan peminat.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi ketika itu belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

6. Jue Aziz dan Bayu Pramana

 

Selepas tiga bulan merahsiakan pernikahannya, pelakon popular Zuliana Abd Aziz atau Jue akhirnya mengaku bergelar isteri kepada pemuzik dari seberang, Bayu Pramana Putra pada 9 Mac 2014 di Sulawesi, Indonesia.

Mereka berkahwin selepas tiga bulan perkenalan yang berputik di Hard Rock Cafe Pulau Pinang pada hujung November 2013.

7. Eja dan Mohd Silahuddin

 

Selepas hamil lima bulan barulah Siti Shahrizah atau Eja mengaku sudah bergelar isteri orang.

Lebih memeranjatkan peminat dan media, Eja mendedahkan sudah 10 tahun dia berkahwin dengan tokoh korporat, Mohd Silahuddin Jamaluddin.

8. Faizal AF4 dan Nur Ashikin Mior

 

Juara program realiti TV Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal Ramly mengaku sudah berkahwin dengan Nur Ashikin Mior atau Ikin selepas isterinya itu hamil lapan bulan pada hujung November 2009.

Bekas pasangan suami isteri itu dipercayai mula menjalin hubungan selepas menjalani penggambaran filem Momok The Movie pada 2007. Mereka bernikah pada 12 Februari 2009.

Namun, pasangan itu bercerai beberapa tahun kemudian. Dua perkahwinan Faizal selepas itu yang turut disoroknya juga berakhir dengan perceraian.

Kisah-kisah ini menunjukkan bahwa meskipun kehidupan para selebriti sering kali dipantau secara ketat oleh media dan peminat, masih ada momen-momen pribadi yang mereka pilih untuk menjaga dalam privasi yang ketat.

Pernikahan rahsia ini menjadi sebahagian dari kisah cinta mereka yang unik dan menjadikan bukti bahawa cinta sejati tidak perlu menjadi tatapan publik.

Pasangan Selebriti Malaysia Yang Pernah Menikah Secara ‘Senyap-Senyap’!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker