Polis Switzerland bunuh penculik bersenjata

Oleh – Syeikh Baran


Polis Switzerland bunuh penculik bersenjata

Polis Switzerland berkata seorang pemohon suaka warga Iran berusia 32 tahun bersenjatakan kapak dan pisau yang menjadikan 15 penumpang kereta api sebagai tebusan, terbunuh lewat semalam.



Penculikan selama hampir empat jam itu berlaku dalam kereta api antara Baulmes dan Yverdon-les-Bains, sehingga polis melakukan serbuan lewat semalam, yang menyebabkan suspek terbunuh.

“Semua tebusan dibebaskan tanpa kecederaan tetapi penculik mengalami kecederaan yang membawa maut ketika serbuan,” kata polis dalam satu kenyataan hari ini.

Polis tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai motif suspek.

Kes penculikan jarang berlaku di Switzerland tetapi pernah terjadi dalam bank dan premis perniagaan.

Pada Januari 2022, kakitangan sebuah syarikat pembuat jam dijadikan tebusan da dipaksa membuka peti besi mengandungi logam berharga. – Foto REUTERS



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading