Dituntut Saman RM 1 Juta Kerana Tuduh Puteri Sarah Ambil Dadah

Pegawai Pemasaran Gelarkan Orang Bodoh Sombong

Dituntut Saman RM 1 Juta Kerana Tuduh Puteri Sarah Ambil Dadah, 

Dituntut Saman RM 1 Juta Kerana Tuduh Puteri Sarah Ambil Dadah

Penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi keperluan kepada masyarakat hari ini. Tidak kira latar belakang dan peringkat umur, penggunaan media sosial menjadi kewajipan kepada semua bagi memperolehi maklumat dan berita semasa dengan pantas.

Fenomena maklumat di hujung jari semakin luas berkembang sehingga terlalu banyak maklumat yang dikongsi tanpa melihat kepada status sama ada ia benar atau palsu.



Fitnah dalam bentuk penulisan dan hantaran yang disebarkan semakin lama semakin parah dengan banyak maklumat dikongsi adalah pandangan peribadi serta disulami pula kebencian serta kemarahan dizahirkan menerusi media sosial.

Situasi ini menjadi semakin merebak apabila timbul pula komen tidak berasas yang mencetuskan api kemarahan sehingga menyebabkan pergaduhan secara maya berlaku.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah Liyana, menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap seorang pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sembang Kari Haji Hadi



Dituntut Saman RM 1 Juta Kerana Tuduh Puteri Sarah Ambil Dadah

 

Ia susulan individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan sebelum ini dan perlu menanggung padahnya.



“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini. Antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah.

Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.

Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.



Pihak berkenaan juga dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dulu dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok.

Dituntut Saman RM 1 Juta Kerana Tuduh Puteri Sarah Ambil Dadah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button