Madu Marissa tak tolak andai dapat anak nombor 3

Oleh – Syeikh Baran


Madu Marissa tak tolak andai dapat anak nombor 3
Madu pempengaruh, Marissa iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan suaminya, Ahmad Aslam.

Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan suaminya, Ahmad Aslam.

Misya, 25, bagaimanapun berkata, rezeki untuk memiliki anak ketiga bergantung kepada perancangan keluarga bersama suami.



Tidak hanya itu, dia juga sempat berseloroh dengan mempersoalkan ‘nombor tiga’ yang dimaksudkan dalam pertanyaan merujuk kepada pertambahan anak atau jumlah isteri suaminya.

“Saya masih pertimbangkanlah kalau ada (tambah anak), alhamdulillah tetapi apa pun masih merancanglah,” katanya dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @eaisyah_listra.

Menerusi video tersebut, Misya turut berkongsi pengalamannya melahirkan dua anak lelakinya iaihu Nuh dan Hud secara normal.

Katanya, sepanjang tempoh kehamilan dia tidak mengalami alahan teruk yang menyusahkan diri dan orang sekeliling.



“Alhamdulillah saya kahwin pada usia muda sewaktu umur 21 tahun. Pada awalnya, rasa macam boleh ke menjadi seorang mak dan membesarkan anak.

Dia juga memberitahu, suami juga tidak menemaninya sewaktu melahirkan anak sulung mereka memandangkan negara dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika itu.

Terdahulu, rumah tangga Misya kembali menjadi bualan ramai selepas Aslam dikatakan sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Perkara itu seterusnya disahkan oleh kakak Misya dikenali sebagai Nadiah bahawa adiknya sudah dimadukan.



Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan Misya yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlansgung tanpa pengetahuan keluarga Marissa termasuk ibu bapanya iaitu pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading