Malaysia minat pelajari AI dengan UAE

Malaysia minat pelajari AI dengan UAE

Malaysia minat pelajari AI dengan UAE

DUTA Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan minat Malaysia untuk belajar daripada keupayaan kecerdasan buatan (AI) termaju UAE.

Beliau berkata, potensi bekerjasama untuk faedah bersama boleh diwujudkan dan diperkukuh lagi.



Memetik tema perhimpunan global itu, ‘Membentuk Kerajaan Masa Depan’ (Shaping Future Governments) sebagai idea yang hebat, Ahmad Fadil berkata: “Dalam konteks ini, saya yakin Malaysia akan mempunyai peluang terbaik untuk bekerjasama dengan kerajaan UAE kerana mereka maju dalam AI.”

Ahmad Fadli juga menggariskan cita-cita Malaysia dalam tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan data dan potensi kerjasama dalam kedua-dua bidang itu.

“Saya percaya kerajaan Malaysia melalui sektor tenaga boleh diperbaharui yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Datuk Seri Fadillah Yusof dapat meneroka lebih lanjut peluang dalam pusat data dan sektor tenaga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sembang Kari Haji Hadi




“Malaysia mempunyai kepakaran…cuma kita (Malaysia) perlu memanfaatkan kerjasama dengan entiti terkemuka di negara kita untuk manfaat bersama dalam AI,” katanya di luar Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS 2024), kelmarin.

Dalam langkah untuk meningkatkan kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui dan AI, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi melawat pejabat MASDAR City dan Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) yang terletak di MASDAR City Oktober tahun lalu.

Pada Januari lalu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Malaysia dan Kementerian Pelaburan UAE mengukuhkan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama pelaburan dalam sektor infrastruktur digital.



Malaysia minat pelajari AI dengan UAE


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button