Tragedi lemas Sungai Sempit: Mangsa terakhir ditemukan

Tragedi lemas Sungai Sempit: Mangsa terakhir ditemukan

Tragedi lemas Sungai Sempit: Mangsa terakhir ditemukan
Mayat mangsa ketiga ditemukan anggota pasukan SAR selepas Bomba melaksanakan kaedah pusaran air menggunakan teknik ‘figure of eight loop’ dengan bot JBPM di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, Segari. – Foto Bomba

IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga sahabat yang lemas di Sungai Sempit, Segari dekat Pantai Remis ditamatkan selepas mayat mangsa terakhir ditemukan pada 5.05 petang semalam.

Mayat T Eishwarpillai, 14, iaitu mangsa ketiga dalam tragedi itu ditemukan terapung pada jarak 100 meter dari lokasi kejadian selepas air pasang di sekitar sungai itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata mayat ditemukan anggota pasukan SAR selepas melaksanakan kaedah pusaran air menggunakan teknik ‘figure of eight loop’ dengan bot JBPM.



Terdahulu mayat mangsa kedua G Sarath, 16, dijumpai tersangkut pada jaring nelayan kira-kira 12.40 tengah hari.

Tragedi lemas Sungai Sempit: Mangsa terakhir ditemukan
Mayat G Sarath, 16, ditemukan tersangkut pada jaring nelayan di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, dekat Segari, Manjung. – Foto ihsan BOMBA

Sebelum itu, mayat mangsa pertama Chew Darumaraj, 14, dijumpai pada 9.05 pagi tadi kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dan rakan-rakannya dilaporkan hilang pada 3.26 petang semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sembang Kari Haji Hadi




Dalam kejadian terbabit, ketiga-tiga remaja lelaki itu pergi ke lokasi kejadian untuk memancing, sebelum mereka mengambil keputusan untuk mandi di sungai itu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata cubaan menyelamatkan seorang rakan yang dihanyutkan arus ketika mandi dipercayai menjadi punca ketiga-tiga remaja berkenaan hilang di sungai. – BERNAMA

Tragedi lemas Sungai Sempit: Mangsa terakhir ditemukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button