Botakkan kepala rai kemenangan awal

Oleh – Syeikh Baran


Botakkan kepala rai kemenangan awal
Sukarelawan pasukan kempen Prabowo-Gibran mencukur rambut sejurus keputusan awal diumumkan semalam. – CNN Indonesia

Berpuluh-puluh sukarelawan pasukan kempen pilihan raya regu Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka, mencukur rambut sebagai tanda meraikan kemenangan tidak rasmi dua calon tersebut, lapor saluran berita CNN Indonesia.

Tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada kaedah kiraan pantas yang dikeluarkan beberapa badan kaji selidik yang dilantik pemerintah.



Berdasarkan kiraan pantas setakat ini, regu Prabowo-Gibran mendahului kiraan undi dengan meraih sekitar 58 peratus undian.

Menurut salah seorang sukarelawan, Ramli, 55, keyakinan kejayaan dua pemimpin itu dalam pilihan raya Presiden (Pilpres 2024) menjadi alasan mereka bertindak demikian.

“Ya, kami bernazar. Sekiranya Prabowo menang, kami bernazar akan mencukur rambut. Alhamdulillah, kami gembira beliau menang,” katanya.

Sementara itu, Gabenor dan Wakil Gabenor Jawa Timur tahun 2019-2024, Khofifah Indar Parawansa berkata, pihaknya sedia maklum bahawa semua orang perlu menunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh jawatankuasa pilihan raya Indonesia pada bulan depan.



Namun, beliau yakin bahawa keputusan di semua daerah seluruh Indonesia dan wilayah Jawa Timur akan menunjukkan bahawa Prabowo dan Gibran bakal memimpin negara itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading