Pu Riz Nasihat Kepada Para Suami

Jika Badan Si Isteri Menjadi ‘Gelebeh’ Dengan Lebihan ‘Tayar Spare’, Tetaplah Hargai!

Pu Riz Nasihat Kepada Para Suami

Pu Riz Nasihat Kepada Para Suami

Disahkan hamil tentunya menjadi berita paling ditunggu-tunggu setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kesyukuran dan kegembiraan dirasai apabila menerima rezeki yang sangat diharapkan.

Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan perlu dilalui si ibu sepanjang sembilan bulan membawa kandungan dan juga selepas melahirkan.



Ini kerana ada yang tidak kisah dengan perubahan fizikal yang berlaku ke atasnya selepas melahirkan anak.

Namun, kebanyakan wanita pasti ‘tersentap’ juga apabila melihat ke cermin, susuk tubuhnya tidak lagi sama seperti zaman sebelum bergelar ibu. Perubahan ini adalah biasa apabila seseorang selesai melahirkan anak tidak kira secara normal atau pembedahan.

Berbincang soal ini, baru-baru ini pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat mereka bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.

Pu Riz Nasihat Kepada Para Suami



 

Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, kaum hawa merupakan golongan terhebat.

“Besar pengorbanan isteri kita, dia sudah melahirkan zuriat dan kita pun tenang tengok anak-anak membesar dengan sihat.

“Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata.



“Kita pandang dari sudut pengorbanan seorang isteri yang berjuang melahirkan benih kita juga,” katanya menerusi satu video dalam TikTok.

Berkongsi pengalaman, bapa kepada dua putera itu sempat menceritakan momen berharga ketika menyaksikan sendiri proses kelahiran kedua-dua permata hatinya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Pu Riz Nasihat Kepada Para Suami

 



“Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah, bukan geli, tapi rasa kasihan.

“Perubahan fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai. Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan satu peringatan untuk kita.

“Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan,” ujarnya panjang lebar.

Tinjauan menerusi ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata netizen senada dengan PU Riz selain menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita bertuah kerana memiliki suami yang matang dan memahami.



Seputar info, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, tujuh bulan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading