Afieq Shazwan: Kemalangan Ketika Bercuti Di Krabi

Terus Pulang Ke Kuala Lumpur!

Afieq Shazwan: Kemalangan Ketika Bercuti Di Krabi

Afieq Shazwan: Kemalangan Ketika Bercuti Di Krabi
Afieq Shazwan: Kemalangan Ketika Bercuti Di Krabi

Baru-baru ini satu hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendapat perhatian rakan-rakan artis dan netizen.

Memuat Naik Hantaran Di Media Sosial

via Instagram Afieq Shazwan

Afieq ada memuat naik status di Instagram story miliknya dengan menyatakan bahawa die terpaksa bergegas pulang ke Malaysia selepas terlibat kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand pada Rabu lalu.

Menurut Afieq dia memutuskan untuk membatalkan percutian dan pulang ke Kuala Lumpur disebabkan kecederaan serta luka pada bahagian wajah, tangan dan kaki.



Dalam Keadaan Baik

Penyanyi itu bagaimanapun memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan parah.

Sebuah tragedi di Krabi telah berlaku beberapa hari lepas tetapi Alhamdulillah syukur tiada apa yang serius Insya Allah.

Jadi saya ambil keputusan untuk terus balik sebab banyak pula luka pada badan. Pulang saja semalam saya terus ke klinik.

Menerusi perkongsian berkenaan, Afieq turut memuat naik foto menunjukkan kesan luka yang terdapat pada bahagian wajah dan beberapa anggota tubuhnya.



Terus Pulang Ke Kuala Lumpur

Afieq Shazwan: Kemalangan Ketika Bercuti Di Krabi
via Instagram Afieq Shazwan

Kata Afieq, pada mulanya dia terpaksa terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu punca sebenar kerana tidak mahu ahli keluarganya bimbang.

Namun akhirnya dia akur dan berkongsi kisah sebenar dan memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat meneruskan percutian.

Ramai yang bertanya kenapa saya fly mengejut semalam (Khamis).

Tapi serba salah nak beritahu sebab tak mahu keluarga risau.



Namun bila dah selamat sampai ke rumah rasanya saya perlu juga beritahu semua.

Maaf kerana saya mungkin terjejas sedikit percutian kita. InsyaAllah nanti dah baik kita (rakan-rakan) berjumpa lagi. Have a safe trip balik nanti

Melihat diruangan komen, bukan sahaja netizen, rakan-rakan artis juga turut mendoakan agar Afieq cepat sembuh seperti sediakala.

Afieq Shazwan: Kemalangan Ketika Bercuti Di Krabi

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading