Jom Mulakan Tahun Naga Dengan Rancak Bersama AI Google

Jom Mulakan Tahun Naga Dengan Rancak Bersama AI Google

Jom Mulakan Tahun Naga Dengan Rancak Bersama AI Google

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang penuh kemeriahan, perjumpaan keluarga dan harapan positif untuk tahun yang akan datang.

Tahun ini, kita mengalu-alukan Tahun Naga, simbol kekuatan, pertumbuhan dan penuh tuah.



AI Google menambahkan ‘magis’ teknologi dan keseronokan yang diilhamkan oleh Naga pada perayaan Tahun Baru Cina anda.

Pastikan Semua Terhibur Pada Musim Cuti

Tiada siapa yang mahu berada di sekeliling naga yang bosan atau marah.

Apabila tiada lagi perkara untuk dibualkan, mengapa tidak beralih kepada permainan mudah alih untuk memastikan anda — atau saudara-mara anda — terhibur?



Dalam tempoh Tahun Baru Cina, Honkai: Star Rail dan Monster Hunter Now akan menawarkan promosi dan permainan di Google Play.

Buat Jamuan Sempena Perayaan Tahun Naga

Tahun Baru Cina penuh dengan makanan lazat. Tahun ini, menangi hati semua orang dengan Nian Gao buatan tangan anda.

Jangan risau, anda tidak perlu menjadi seorang Master Chef. Masak dengan yakin pada Tahun Baru Cina ini dengan menggunakan Gemini sebagai pembantu dapur anda untuk menghasilkan Nian Gao dengan tekstur yang sempurna.

Salurkan Kreativiti Anda

Bosan dengan rutin Tahun Baru Cina yang sama? Meriahkan suasana dengan bantuan Gemini.



Jika anda tergesa-gesa untuk membersihkan rumah sebelum tahun baru, jadikan ia lebih menyeronokkan dengan meminta Gemini untuk memikirkan “cara kreatif untuk menjadikan pembersihan menyeronokkan”.

Elak Soalan “Panas”

Naga yang terbang tinggi pun kadangkala direndahkan oleh saudara-mara yang berniat baik (tetapi mengganggu).

Jika anda takut dengan soalan janggal daripada ibu saudara anda (“Bila kamu nak kahwin?” “Kamu dah naik pangkat ke dalam kerjaya kamu?”) pada tahun Naga ini, jangan risau.



Minta Gemini untuk kongsikan frasa yang berguna untuk mengelak soalan tersebut.

Kami berharap petua dikuasakan AI ini dapat membantu menyemarakkan perayaan anda.

Semoga Tahun Baru Cina anda penuh kemakmuran dan kegembiraan! Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le!

Jom Mulakan Tahun Naga Dengan Rancak Bersama AI Google

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading