Lelaki maut leher tersepit dahan pokok dokong setinggi 6 meter

Lelaki maut leher tersepit dahan pokok dokong setinggi 6 meter

Lelaki maut leher tersepit dahan pokok dokong setinggi 6 meter
Foto hiasan.

BESUT: Seorang pemetik buah ditemui maut dengan lehernya tersangkut pada dahan pokok dokong setinggi enam meter di sebuah kebun di Kampung Dusun Beliku, dekat Pasir Akar di Hulu Besut, petang tadi.

Mayat Saari Ghani, 53, ditemukan jam 5.15 petang oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian berikutan mangsa disedari tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa dikatakan keluar ke kebun kira-kira jam 9 pagi semalam, namun tidak pulang sehingga lewat malam kelmarin.



Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi ini isterinya meminta menantu dan adik ipar mencari mangsa di kawasan kebun sebelum mereka menemukan dua bekas berisi buah di pertengahan jalan menghala ke rumah.

“Turut ditemukan sebatang pengait buah yang disandar pada pokok di kebun itu, tetapi mangsa tidak kelihatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




“Ketika anggota penyelamat tiba di lokasi kira-kira jam empat petang, mangsa belum ditemui dan pencarian dilakukan kemudian menemukannya tersangkut pada celah dahan pokok dokong,” katanya.

Mayat mangsa kemudian berjaya dibawa turun sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Lelaki maut leher tersepit dahan pokok dokong setinggi 6 meter


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA



 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading