Majlis kahwin mewah anak saudagar emas

Oleh – Syeikh Baran


Majlis kahwin mewah anak saudagar emas
SATU majlis perkahwinan yang menelan belanja RM140 juta menjadi tular di media sosial di China. – Foto SCMP/Baidu/Douyin

Sebuah majlis perkahwinan di wilayah Fujian, China mengundang perhatian netizen di internet kerana menelan belanja 210 juta yuan (RM140 juta), lapor portal berita VNExpress hari ini.

Dalam majlis perkahwinan itu, pengantin perempuan memakai 100 utas gelang emas.



Acara itu berlangsung di sebuah dewan besar milik keluarga pengantin lelaki awal bulan ini.

Gambar yang tular di Facebook menunjukkan pengantin perempuan turut memakai rantai emas di lehernya, demikian menurut laporan akhbar South China Morning Post.

Akhbar New York Times melaporkan bahawa perhiasan paling penting untuk pengantin perempuan di China ialah pemakaian gelang emas 24 karat.

Pengantin lelaki dikenali Ye Dingfeng iaitu anak kepada Ye Guochun. Guochun merupakan  pengerusi syarikat peruncit barangan kemas terkemuka di China. 



Pengantin perempuan dikatakan bernama Yang Hanying. Dia ialah anak kepada seorang pengurus dari syarikat sama di wilayah Fujian. Maklumat itu bagaimanapun masih belum disahkan.

Para tetamu majlis perkahwinan itu pula dihidangkan dengan menu mewah seperti ketam raja, udang karang, sup sirip yu, sarang burung dan abalon Australia. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading