Puluhan lagi rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh beberapa jam

Oleh – Syeikh Baran


Puluhan lagi rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh beberapa jam
Rakyat Palestin menguruskan jenazah mangsa berikutan serangan bom Israel ke atas Rafah di selatan Semenanjung Gaza, di hospital al-Najar pada Jumaat, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Zionis Israel dan pejuang Hamas. Foto AFP

Puluhan lagi rakyat Palestin disahkan terbunuh dalam tempoh beberapa jam lepas akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang kini masuk hari ke-135, menurut sumber tempatan dan perubatan.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa bandar-bandar dan kem pelarian di tengah Gaza menjadi sasaran serangan dengan ramai orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara dan meriam tentera rejim.



Pewarta WAFA melaporkan bahawa kira-kira 40 orang awam terbunuh, manakala puluhan lain cedera dalam serangan tentera penceroboh ke atas beberapa rumah di bandar Al-Zawayda, bandar Deir al-Balah dan kem pelarian Nusseirat.

Sementara itu di Khan Yunis, selatan Gaza, kira-kira 20 orang awam terbunuh dalam beberapa siri serangan Israel yang menyasarkan beberapa rumah penduduk di dalam dan sekitar bandar itu.

Pada masa yang sama, pesawat pejuang Israel menyerang sembilan rumah di bandar Rafah, selatan wilayah terkepung itu mengakibatkan pembunuhan 13 orang awam dan puluhan lagi cedera.

Kapal tentera laut Israel turut melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah, serentak dengan tembakan meriam yang menyasarkan bahagian selatan dan timur bandar itu.



Di Bandaraya Gaza, serangan udara Israel menyasarkan bangunan kediaman di kawasan perumahan Sheikh Radwan, Al-Nasr, Al-Zaytoun, Al-Rimal, dan Al-Sabra, mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 10 orang awam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan 28,858 penduduk Palestin terbunuh manakala 68,677 lagi cedera. – Bernama/WAFA

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading