Siti Nurhaliza Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Datuk K

Sempat Seloroh Gaya Tudung!

Siti Nurhaliza Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Datuk K

Siti Nurhaliza Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Datuk K

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan ucapan istimewa sempena hari lahir suaminya, Datuk Seri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K hari ini, di media sosial.

Siti menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi beberapa foto dirinya bersama suami menitipkan doa buat Datuk K yang kini sudah mencecah usia 65 tahun.



“Selamat Ulang tahun kelahiran sayang.. Semoga bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT..Aaminn ya rabb.”-kapsyen Siti Nurhaliza di Instagram

Dibanjiri Komen Peminat

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan ucapan sempena hari lahir Datuk K, malah ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah.

“Happy birthday to your hubby Dato. Lovely couple.”-Zarina Zainuddin

“Siapa ambik gambar ni? Tak tegur ke tudung mak iti?😂apa-apa pun happy birthday dato khalid 🍰.”



“Terima kasih Dato K. Jaga kesayangan Biduanita Malaysia. Happy birthday.”

Seloroh Tudung ‘Tak On Point’

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ti ini sempat berseloroh mengenai awning tudungnya yang tak ‘on point’ ketika bergambar bersama suami di majlis hari lahir Datuk K yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Tudung kelepek la pulok. Abaikan awning penyet 🤣.”-seloroh Tok Ti

 





Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah Muhammad Afwa.

Siti Nurhaliza Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Datuk K

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button