Pearly cedera, tarik diri Terbuka Arctic

Pearly cedera, tarik diri Terbuka Arctic

Pearly cedera, tarik diri Terbuka Arctic
PEARLY (kanan) dikatakan mengalami kecederaan ketegangan otot menyebabkan dia dan Thinaah terpaksa menarik diri daripada Terbuka Arctic di Finland. – AFP

PETALING JAYA – Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan kemarau untuk menjulang kejuaraan pertama mereka tahun ini tidak kesampaian apabila menarik diri daripada pusingan kedua Terbuka Arctic.

Difahamkan, kecederaan ketegangan otot dialami Pearly, 23, menyebabkan beregu di ranking kesembilan dunia itu terpaksa berbuat sedemikian daripada terus beraksi pada saingan di Vaanta, Finland tersebut.

Kecederaan itu mungkin juga disebabkan keletihan yang dialami Pearly dan Thinaah, 25, selepas mereka menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou di China minggu lalu.



Pada saingan di Hangzhou itu, perjalanan Pearly-Thinaah terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas 21-15, 11-21, 7-21 kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Justeru, penarikan diri Pearly-Thinaah bermakna beregu Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun mendapat kemenangan percuma dan bakal bertemu Linda Efler-Isabel Lohau (Jerman) atau Rin Iwanaga-Kie Nakanishi (Jepun) di suku akhir esok.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Pearly-Thinaah tahun ini adalah muncul naib juara Malaysia Masters pada Mei dan Terbuka Hong Kong dua bulan lalu.

Kali terakhir pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bergelar juara adalah ketika menjuarai Terbuka Perancis di Paris pada Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE



Pearly cedera, tarik diri Terbuka Arctic


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button