Kastam rampas ayam beku, arak, rokok seludup RM4.6 juta

Kastam rampas ayam beku, arak, rokok seludup RM4.6 juta

Kastam rampas ayam beku, arak, rokok seludup RM4.6 juta
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail menunjukkan barangan dirampas daripada sindiket penyeludupan hasil tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Ogos lalu. Foto Ihsan JKDM

KUALA LUMPUR: Dua kontena mengandungi 56,000 kilogram (kg) ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM700,000 termasuk cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), baru-baru ini.

Ayam sejuk beku terdiri daripada ayam bulat dan keratan ayam itu dirampas dalam pemeriksaan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit I Kuala Lumpur di Pelabuhan Utara, Klang, Selangor, pada 7 Ogos lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Norlela Ismail, berkata semakan mendapati kontena dari negara jiran itu diikrarkan sebagai ‘frozen food stuff’ pada Borang Kastam 1 bagi mengaburi pihak berkuasa.



Katanya, pemeriksaan mendapati dagangan ayam sejuk beku itu tidak memiliki lesen import daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Pengimportan komoditi ayam adalah tertakluk kepada Butiran 1(1) Jadual Ketiga Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, yang mana pengimport memerlukan permit import dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.




“Selain itu, pengimport turut gagal mengemukakan sijil halal dikeluarkan oleh Badan Pensijilan Halal negara pengeksport yang diperakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Katanya, sindiket juga cuba mengelak daripada dikesan dengan sengaja melengahkan pengikraran agar sukar dikesan melalui pintu masuk negara.

Dalam kes berasingan, Norlela berkata, pasukan sama berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras disyaki tidak berkastam menggunakan kontena bersaiz 12 meter di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, 9 Ogos lalu.

Katanya, pemeriksaan menemui 25,920.00 liter minuman keras dianggar bernilai RM116,640 membabitkan jumlah cukai dan duti bernilai RM872,730 dalam kontena terbabit.



“Semakan mendapati dagangan itu diikrarkan sebagai ‘furniture table’ dari negara jiran dan wakil perkapalan gagal mengemukakan dokumen berkaitan kelulusan pengimportan dagangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?


“Dua wakil perkapalan sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut dan usaha mengesan syarikat atau ejen pengimport sedang dijalankan,” katanya.



Dalam pada itu, katanya, JKDM Zon Tengah Unit I turut mematahkan pembekalan rokok seludup dalam serbuan di sebuah gudang diKawasan Perindustrian Balakong Jaya, Selangor pada 22 Ogos lalu.

“Pemeriksaan rapi di gudang itu menemukan 5,186,400 batang rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM460,000 dengan nilai cukai dan duti hampir RM3.5 juta.

“Selain itu, kita turut menyita tiga lori ‘bonded’ yang digunakan sebagai pengangkutan bagi aktiviti pengedaran di kawasan sekitar,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga kes ini menggunakan modus operandi sama iaitu membuat pengikraran palsu ke atas barang dagangan yang diimport ke negara ini.



Anggaran keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM996,640 membabitkan cukai dan duti berjumlah RM4.6 juta.

Ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Kastam rampas ayam beku, arak, rokok seludup RM4.6 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button