Kastam Perlis sita 9 motosikal kuasa tinggi yang diseludup masuk dari Thailand
Kastam Perlis sita 9 motosikal kuasa tinggi yang diseludup masuk dari Thailand
PADANG BESAR: Sembilan motosikal berkuasa tinggi dipercayai cuba dibawa masuk ke negara ini dari Thailand tanpa sebarang dokumen pembayaran cukai atau permit import yang sah, disita selepas Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis menahan seorang lelaki di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQs) Wang Kelian pada Jumaat lalu.
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim, berkata kejadian berlaku pada jam 5 petang apabila anggota Kastam dari Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar melakukan pemeriksaan terhadap sembilan buah motosikal berkuasa tinggi yang cuba dibawa masuk menggunakan sebuah lori kecil menerusi kompleks berkenaan.
“Antara model cuba dibawa masuk ke negara ini adalah Honda CBR 1000RR, BMW S1000RR, Yamaha R1, Aprilia RSV4 dan MV Augusta. Ia cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki yang juga seorang wakil syarikat pengangkutan tempatan berusia 37 tahun tanpa sebarang dokumen pembayaran cukai atau permit import yang sah.
“Suspek ditahan dan semakan mendapati motosikal ini baharu sahaja selesai menyertai perlumbaan sirkit di Buriram, Thailand dan pemilik motosikal ini juga dipercayai berasal dari beberapa negara di Eropah dan Hong Kong,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Stor Penguatkuasaan JKDM Padang Besar, di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
- Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama
Katanya, JKDM percaya suspek menggunakan modus operandi dengan mengikrarkan motosikal itu untuk tujuan perlumbaan litar di negara ini, di mana ia hanya dibawa menggunakan lori pengangkut secara ‘off-road’.
“Nilai rampasan motosikal berkenaan dianggarkan sebanyak RM416,500 manakala duti dan cukai terbabit dianggarkan sebanyak RM715,130. Ini adalah rampasan pertama membabitkan motosikal berkuasa tinggi berlaku di Perlis pasca COVID-19 namun siasatan lanjut sedang dijalankan secara terperinci,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, JKDM Perlis menyita enam kenderaan terdiri daripada pacuan empat roda dan kereta bernombor pendaftaran Thailand kerana tidak mempunyai atau tamat Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) dari Januari sehingga 13 Februari lalu.
Ismail berkata, kenderaan berkenaan ditahan dan dirampas di beberapa lokasi sekitar Perlis dan Kedah seperti di Alor Setar, Pendang, Changlun, Kuala Perlis dan Wang Kelian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perang saudara dalam BERSATU, Azmin akan tersingkir?
- 1MDB, Saksi sahkan 4 dokumen tidak dimetrai
- Muhyiddin Dan Hamzah Capai Kata Sepakat Tapi Dah Tanya Bini Ke Belum
“Antara model dirampas adalah Toyota Corolla Altis, Nissan Almera, Isuzu D-Max, Mazda 2 dan Mitsubishi Triton. Kesemua kenderaan yang dirampas disyaki sebagai barang tidak berkastam dan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
“Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM50,000 atau amaun mana yang lebih besar serta tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM50,000 atau amaun mana lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Kastam Perlis sita 9 motosikal kuasa tinggi yang diseludup masuk dari Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :