Maut dipusat rekreasi

Oleh – Syeikh Baran


Maut dipusat rekreasi
Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala kakaknya pula cedera selepas dihempap pokok di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir, Jempol hari ini. – Foto media sosial

Hajat sebuah keluarga untuk beriadah di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir, di sini, hari ini berakhir dengan tragedi apabila dua beradik dihempap pokok.



Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian itu, mangsa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun pula mengalami kecederaan.

Menurutnya, polis menerima makluman awal melalui panggilan telefon oleh saksi yang berada di lokasi kejadian sekitar pukul 1.17 tengah hari dan segera ke lokasi kejadian bagi siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal ke atas saksi yang merupakan bapa mangsa mengatakan telah membawa kedua-dua mangsa untuk mandi di pusat rekreasi tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Mangsa pada masa itu sedang mandi di kolam kanak-kanak dan kemudian bergerak ke arah saksi yang berada di kawasan jeram. Semasa menuju ke arah saksi, sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap mangsa.



“Mangsa kanak-kanak lelaki telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang sampai di lokasi. Seorang lagi mangsa dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, hasil bedah disiasat mengesahkan punca kematian adalah kecederaan pada bahagian kepala dan dada akibat dihempap pokok.

Menurut beliau,kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading