Sasar 5,000 ceburi francais dalam 5 tahun

Sasar 5,000 ceburi francais dalam 5 tahun

Sasar 5,000 ceburi francais dalam 5 tahun
RAMANAN (tengah) bersama Ahli Lembaga Pengarah Pernas ketika mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Pernas.

PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan 5,000 usahawan menceburi segmen francais dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah berkenaan, kira-kira 90 peratus usahawan adalah dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan berkata, sasaran itu juga membabitkan dana pemegang saham sebanyak RM1.473 bilion.



Menurutnya, Pernas yang dibangunkan sejak 1969 menjadi agensi penting dalam pembangunan usahawan dan industri francais, sekali gus melonjakkan ekonomi sejak perbadanan itu menerajui industri berkenaan pada tahun 2000.

“Pernas sudah melahirkan 5,590 usahawan francais dengan 35,000 peluang pekerjaan membabitkan pembiayaan francais sebanyak RM441 juta dan jumlah pelaburan pula dihasilkan sebanyak RM709 juta sejak 2000.

“Untuk sasaran (tempoh lima tahun) ia akan membabitkan 90 peratus usahawan PMKS. Kita mahu membangunkan mereka ke tahap lain dan mahu mereka melebarkan sayap ke peringkat lain,” katanya pada lawatannya ke Pernas di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin.



Ramanan berkata, misi pihaknya adalah membangunkan usahawan PMKS dengan menyediakan peluang untuk semua yang mana mereka bukan sekadar berniaga di gerai, tetapi boleh berjaya menembusi peluang di pusat beli-belah dan lokasi lain.

“Pernas juga sudah mengadakan pelbagai program sokongan seperti Pragram Empowerment B40 yang bukan saja diadakan di Kuala Lumpur, tetapi di negeri lain dan ini juga dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Ramanan berkata, Kabinet sudah memutuskan Akta Francais 1998 akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Sasar 5,000 ceburi francais dalam 5 tahun

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading