Kuskop jangka potensi jualan usahawan RM50j

Kuskop jangka potensi jualan usahawan RM50j

Kuskop jangka potensi jualan usahawan RM50j
SURIANI (tengah) bersama usahawan tempatan yang menyertai Gulfood 2024 di Dubai.

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menjangkakan potensi jualan usahawan pada Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencapai sekurang-kurangnya RM50 juta.

Pameran perdagangan yang berlangsung dari 19 hingga 23 Februari 2024 di Dubai World Trade Centre telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kuskop, Datuk Seri Suriani Ahmad dan turut disertai oleh 11 usahawan halal dan 10 usahawan yang berada di dalam ekosistem keusahawanan francais mewakili pelbagai sektor.

Suriani dalam kenyataan berkata, harapannya bahawa penyertaan kali ketiga Kuskop di Gulfood 2024 akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas bagi usahawan tempatan.



“Kami meletakkan harapan agar usahawan tempatan dapat meluaskan peluang perniagaan mereka terutamanya dalam sektor halal di pasaran global.

Ini kerana potensi pasaran halal global dijangka mencapai AS$9 trilion menjelang tahun 2030,” katanya.

Semasa program ini, beliau juga menyaksikan dua sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat pembekal makanan sejuk beku halal, Tishas Food Manufacturing Sdn Bhd dengan Happy Market Trading Co Pte Ltd Maldives dan syarikat pengeluar pes cili halal, Syilis Food Manufacturing Sdn Bhd dengan Imperia Asia F&B Trading Co LLC Malaysia berpangkalan di UAE.

Kedua-dua syarikat berkenaan adalah di bawah bimbingan Kuskop dan sentiasa bergiat cergas di arena antarabangsa.



Kuskop jangka potensi jualan usahawan RM50j

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker