Sewa papan iklan ucap hari lahir

Oleh – Syeikh Baran


Sewa papan iklan ucap hari lahir
Tangkap layar menunjukkan ucapan hari lahir pada sebuah papan iklan. – TikTok

Tindakan seorang suami yang menayangkan ucapan hari lahir isterinya pada sebuah papan iklan di tepi jalan raya mendapat perhatian netizen Indonesia, lapor portal berita Wolipop.

Mereka mendakwa bahawa reka bentuk ucapan hari lahir itu unik seperti iklan kempen calon pilihan raya.



Sebuah klip video yang merakamkan ucapan hari lahir itu dimuat naik dalam akaun TikTok @awhehee. 

“Selamat hari lahir dan selamat hari ulang tahun perkahwinan isteriku. Saya tidak bertanding, saya hanya menyambut hari lahir,” demikian ucapan pada papan iklan itu.

Wolipop telah menghubungi pemilik akaun TikTok, Asih Widyowati yang memuat naik video tersebut.

Menurut Asih, papan iklan ucapan hari lahir itu berada di persimpangan lampu merah Hospital Yakum di wilayah Jawa Tengah. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading