Orang Denmark minat Zii Jia

Kuala Lumpur: Penyokong dan peminat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia ada di mana-mana.

Ia boleh dibuktikan selepas terdapat sekumpulan penyokong yang dipercayai warga Denmark mengangkat kertas yang bertulis ‘LEE ZII JIA’ ketika pemain terbabit menentang wakil Jepun, Kanta Tsuneyama dalam saingan pusingan kedua, semalam.

Menerusi siaran langsung daripada saluran SPOTV NOW, beberapa anak muda dilihat mengangkat kertas terbabit sebagai tanda sokongan kepada Zii Jia selain menyaksikan perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena, Odense itu turut meriah dengan sorakan.



Semalam, pemain di tangga ke-3 dunia itu berjaya mara ke peringkat suku selepas menewaskan Tsuneyama 21-5, 21-19 dalam tempoh 36 minit.

Menantinya adalah wakil dari Indonesia, Jonatan Christie yang mengesahkan slotnya selepas menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 17-21, 21-9, 21-19 pada perlawanan pusingan kedua, semalam.

Untuk rekod, kali terakhir Zii Jia bertemu pemain di ranking ke-7 dunia itu adalah ketika final Kejohanan Badminton Asia 2022 pada April lalu yang menyaksikan dia menang 21-17, 23-21.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading