Kumpulan rap warga emas

 

Oleh – Syeikh Baran


Kumpulan rap warga emas
Kumpulan itu ditubuhkan pada Ogos 2023. – Oddity Central

Sekumpulan warga emas di wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan tular kerana muncul sebagai penyanyi rap, lapor laman berita Oddity Central.

Kumpulan dinamakan Suni and the Seven Princess itu ditubuhkan pada Ogos 2023 dan kini terkenal di seluruh dunia.



Lapan warga emas berusia dalam lingkungan 70-an hingga 80-an itu berkenalan sejak mereka muda lagi.

Kerana dibesarkan di luar bandar, mereka tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran. Pada 2016, mereka memutuskan untuk belajar membaca dan menulis dalam tulisan Hangul.

Pada suatu hari, ketua kumpulan itu, Park Jeom-sun melihat sebuah klip video nyanyian rap di internet.

Dia kemudian meminta guru mereka untuk menunjukkan cara bernyanyi rap.



Kumpulan itu mula menyusun lirik tentang gaya hidup luar bandar mereka seperti memetik cili dan tembikai di padang.

Mereka kemudian mengadakan persembahan rap pertama pada tahun lepas di sebuah sekolah.

Sejak itu, kumpulan itu diundang untuk membuat penampilan di pelbagai acara di Korea Selatan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button