Keluaran benih padi NMR 152 masih rendah

Oleh – Syeikh Baran


Keluaran benih padi NMR 152 masih rendah
Lih Kang (tiga dari depan) bersama padi benih NMR 152 di tapak projek penyelidikan itu di Kampung Sungai Leman, Sekinchan, Selangor hari ini. Foto oleh IKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mahu meningkatkan kuota pengeluaran benih padi NMR 152 yang dianggap masih rendah dan tidak mencukupi.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, kuota tahunan pengeluaran benih baka baharu padi itu hanya belasan ribu metrik tan di seluruh negara.

Kata beliau, jumlah itu masih dianggap kecil kerana NMR 152 menerima permintaan tinggi daripada pesawah terutama dari Selangor dan Perak.



“Benih itu menjadi pilihan pesawah kerana padinya berproduktiviti tinggi selain tahan penyakit, cuaca ekstrem, kemarau dan banjir.

“Justeru, kementerian mahu kuota pengeluarannya ditingkatkan sehingga 30 peratus di setiap negeri berbanding hanya 10 hingga 20 peratus ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Penyelidikan Padi NMR 152 di Kampung Sungai Leman, Sekinchan di sini, hari ini.

Benih padi NMR 152 di bawah Agensi Nuklear Malaysia mampu mengeluarkan hasil tanaman hingga 10 tan sehektar berbanding kadar purata hasil padi lain sekitar enam tan sehektar di kawasan tanaman sama.

Penghasilannya diiktiraf antarabangsa antaranya menerusi Anugerah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pembiakan Mutasi dan Anugerah Forum Kerjasama Nuklear di Asia 2020.



Justeru, Lih Kang menegaskan pihaknya akan membincangkan isu mengenai benih berkenaan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker