Bapa tiri sahabat baik

Oleh – Syeikh Baran


Bapa tiri sahabat baik
Pasangan ini dinikahkan dalam satu acara sederhana di Lombok. – TikTok

Seorang lelaki di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun lebih tua yang juga ibu kepada sahabat karibnya,  lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam satu video yang dikongsikan di platform TikTok, pasangan pengantin itu kelihatan  duduk di halaman rumah semasa majlis pernikahan mereka.



Majlis sederhana itu dihadiri oleh saudara terdekat dan jiran tetangga, manakala mas kahwin ditetapkan sebanyak 3 juta rupiah (RM908).

Menurut laporan, pengantin perempuan merupakan ibu rakan sepermainan pengantin lelaki, namun, umur sebenar kedua-dua pasangan itu tidak didedahkan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Inilah yang dinamakan ‘bapaku ialah sahabatku’,” kata seorang netizen.



“Mencari wanita yang mempunyai ciri-ciri  keibuan,” kata netizen  lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading