Rafidah Ibrahim Kongsi Hukum ‘Mengelakkan Diri Dari Kawan Yang Menyakitkan Hati’ [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!

Rafidah Ibrahim Kongsi Hukum ‘Mengelakkan Diri Dari Kawan Yang Menyakitkan Hati’ [VIDEO]

Rafidah Ibrahim Kongsi Hukum ‘Mengelakkan Diri Dari Kawan Yang Menyakitkan Hati’ [VIDEO]
Rafidah Ibrahim Kongsi Hukum ‘Mengelakkan Diri Dari Kawan Yang Menyakitkan Hati’ [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali Rafidah binti Ibrahim yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita di Malaysia. Kerjaya Rafidah Ibrahim bermula apabila dia menyertai pertandingan “Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007” dan sekaligus membawa peluang gelaran juara dalam pertandingan tersebut. Rafidah Ibrahim juga merupakan sepupu kepada penyanyi no. 1 Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Sejak dari menang pertandingan tersebut, rezeki Rafidah Ibrahim dibuka dengan luas sehinggakan terkenal satu Malaysia kerana bukan sahaja cantik dan berilmu malah wajahnya seakan penyanyi No.1 negara itu. Kini Rafidah Ibrahim banyak meluangkan masa di semua laman media sosial miliknya untuk menyampaikan dakwah dan ilmu kepada orang ramai.

“Dalam Masa Yang Sama, Perlu Beri Teguran Yang Baik”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rafidah Ibrahim yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 862 ribu, tanda suka sebanyak 68 ribu dan sebanyak 943 komen.



Di dalam kapsyen video tersebut, memaparkan Rafidah Ibrahim memberitahu mengenai hukum mengelakkan diri dari kawan yang menyakitkan hati.

@rafidahhjibrahim

Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata : Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan. Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62) Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, perbuatan menjauhkan diri daripada seseorang yang menyebabkan berlakunya kesakitan ke atas diri kita sama ada menerusi lidahnya atau perbuatannya, adalah suatu perkara yang dianjurkan di sisi syarak. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan), keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya,  atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia. Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (55) Kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W menyebutkan : Maksudnya : Atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia. Maka ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan sosial (social distancing) bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan begitu juga dari menghalang kita melakukan keburukan kepada orang lain. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324) Namun kami mencadangkan bahawa dalam masa yang sama, hendaklah teguran dengan cara yang terbaik diberikan kepadanya agar menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Selain itu juga, perbanyakkanlah doa semoga Allah S.W.T memelihara hubungan persahabatan serta mengurniakan kita sahabat-sahabat yang baik.  Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa… #rasulullah #rafidahibrahim #fidapoket #rawfeedhhijab #sharf #kaf #semogabermanfaat #dawah #doa #amalan #malaysia #indonesia #thailand #brunei #singapore #papua #sunnah #hadith #kawanmenyakitkanhati #kawan #menjauhkandiri #janganlayan

♬ Astaghfirullah (Cover) – Anisa Rahman



Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata :

“Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan.”

Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62)

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, perbuatan menjauhkan diri daripada seseorang yang menyebabkan berlakunya kesakitan ke atas diri kita sama ada menerusi lidahnya atau perbuatannya, adalah suatu perkara yang dianjurkan di sisi syarak. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :



“Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke Urig perkuburan), kelar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya, atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) Manusia.”

Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (55)

Kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W menyebutkan :

“Maksudnya: Atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.”



Maka ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan sosial (social puring distancing) bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan begitu juga dari menghalang kita melakukan keburukan kepada orang lain.

Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324)

Namun kami mencadangkan bahawa dalam masa yang sama, hendaklah teguran dengan cara yang terbaik diberikan kepadanya agar menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Selain itu juga, perbanyakkanlah doa semoga Allah S.W.T memelihara hubungan persahabatan serta mengurniakan kita sahabat-sahabat yang baik.

“Salam sahabat yang dikashi. pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada a Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/ purig influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maat sepuluh jari Fida juga pendosa…”-Kata Rafidah Ibrahim



Apa-apa pun, semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsikan kepada orang di sekeliling kita, agar sama-sama kita mengetahui manfaatnya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Rafidah Ibrahim Kongsi Hukum ‘Mengelakkan Diri Dari Kawan Yang Menyakitkan Hati’ [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS mahu BERSATU bersih dari kluster Mahkamah?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button