Siapa Yang Bayar Yuran Guaman Isham Jalil, Tanya Jer…

Siapa Yang Bayar Yuran Guaman Isham Jalil, Tanya Jer...

Siapa Yang Bayar Yuran Guaman Isham Jalil, Tanya Jer…

 

Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwaan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Isham Jalil.

Hakim Mahkamah Tinggi, Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas mendengar hujah oleh Peguam Negara diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P. Kunyalam.



Beliau juga menetapkan pengurusan kes hina mahkamah itu pada 23 April ini.

Isham kelihatan tenang ketika ditanya wartawan dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya, peguam tersohor, Azizan Harun, bagi menerangkan status kes itu.

Azizan menerangkan, sepatutnya prosiding hanya penghujahan ‘ex parte’ (sebelah pihak).

Namun pada masa sama mahkamah telah membenarkan permohonan Isham Jalil didengari sekali.



“Hari ini perbicaraan ex parte oleh Peguam Negara bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding pengkomitalan terhadap anak guam (Isham)”.

“Pendakwaan memohon agar dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana didakwa menghina mahkamah”.

“Kita minta budi bicara mahkamah untuk mendengar permohonan kami juga”.

“Pihak Peguam Negara juga tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan kami”.



“Oleh itu, Yang Arif telah benarkan permohonan kami”.

“Memandangkan pendengaran hari ini dibuat kedua-dua pihak, maka ianya tidak menyentuh merit”.

“Peguam Negara perlu buktikan adanya kes untuk dijawab seperti kes prima facie”.

“Hujah-hujah peguam negara ada kes untuk dijawab manakala saya hanya membangkitkan dua persoalan undang-undang yang tidak sentuh merit,” jelas Azhar Harun.



Siapa Taja Yuran Guaman, Atau Di Berikan Secara Percuma?

 

Penulis tidak akan mengulas perjalanan kes Isham Jalil.

Tetapi timbul pertanyaan, dalam ramai-ramai peguam tersohor dalam negara, mengapa Azhar Harun yang menjadi pilihan Isham?

Umum mengetahui hubungan baik antara Azhar Harun dengan Muhyiddin Yasin.



Azhar dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat untuk menggantikan Mohd Arif, sebaik sahaja Muhyiddin berjaya membentuk kerajaan tebuk atap pada 2020.

Muhyiddin juga telah mengucapkan tahniah kepada Azhar atas pemilihan beliau sebagai YDP Dewan Rakyat.

Azhar juga telah memuji Muhyiddin dan menganggap Muhyiddin sebagai reformis yang tak diendahkan.

Mesranya mereka.



Sebagai mantan YDP Dewan Rakyat dan peguam tersohor negara, sudah pasti yuran guaman untuk menggunakan khidmat Azhar sangat tinggi.

Siapa agaknya yang menaja Isham atau ianya diberikan secara percuma, tanya jer…

 

Siapa Yang Bayar Yuran Guaman Isham Jalil, Tanya Jer…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button