Wanita hilang 3 bulan dengar bisikan misteri

Oleh – Syeikh Baran


Wanita hilang 3 bulan dengar bisikan misteri
Jintana dilaporkan hilang sejak festival Loy Krathong pada November tahun lalu. – Khaosod

Misteri kehilangan seorang wanita di wilayah Buriram sejak tiga bulan lalu akhirnya terjawab selepas dia ditemui dalam keadaan selamat, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Jintana, 22, ditemui berhampiran sebuah hospital di daerah Pakham. Kepulangannya dibantu oleh rangkaian pemimpin masyarakat dan pegawai penguatkuasa undang-undang.



Wanita itu dilaporkan hilang sejak festival Loy Krathong pada November tahun lalu.

Menurutnya, dia menghilangkan diri dari rumah selepas terdengar ‘bisikan’ menyuruhnya mengembara ke wilayah Sa Kaeo.

Perjalanannya ke beberapa wilayah dilakukan menggunakan motosikal sehinggalah  kenderaan itu rosak. 

Kata  Jintana, dia kemudian meminjam basikal daripada penduduk tempatan dan meneruskan perjalanannya.



Wanita yang bergelut dengan masalah depresi selama hampir setahun itu menceritakan bahawa dia sering mendengar bisikan yang menyuruhnya meninggalkan rumah.

Dia meneruskan kehidupan sepanjang pengembaraan itu dengan bergantung kepada belas ihsan orang ramai yang memberinya makanan dan tempat tinggal.

Jintana juga mendakwa bahawa dia tidur di astaka dan tokong di sepanjang perjalanan.

Ingatan  kepada anaknya yang berusia tujuh tahun dan keluarga akhirnya mendorong wanita itu untuk pulang ke rumah.



Ibu Jintana, Saengrawee berkata, dia berasa gembira kerana anaknya telah pulang dengan selamat serta mendedahkan bahawa ia bukan kali pertama wanita itu menghilang disebabkan keadaan kesihatan mentalnya.

Saengrawee turut merancang untuk membawa Jintana mendapatkan rawatan perubatan berhubung keadaannya itu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading