Lelaki serah mas kahwin seluruh harta kepada isteri baharu

 

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki serah mas kahwin seluruh harta kepada isteri baharu
Hidayat mengahwini Sukatin di Magetan pada Jumaat minggu lalu. – Istimewa

Seorang ketua kampung di Magetan, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian pengguna media sosial kerana menyerahkan mas kahwin berupa seluruh harta miliknya kepada isteri baharu, lapor laman berita Detik hari ini.



Nur Hidayat, 58, yang merupakan seorang duda, mengahwini janda bernama Sukatin, 45.

Bapa dua anak itu berkata, semua hartanya itu merangkumi rumah, tanah sawah dan kenderaan.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung Jumaat minggu lalu dengan mas kahwin yang diserahkan kepada Sukatin mendapat persetujuan dua anak Hidayat.

“Benar, saya menyerahkan seluruh harta benda kepada isteri sebagai mas kahwin. 



“Kedua-dua anak saya mengizinkan saya untuk menyerahkan mas kahwin tersebut,” katanya yang turut mempunyai dua orang  cucu.

Tambah Hidayat, harta yang dimilikinya selepas berkahwin dengan arwah isteri pertamanya berjumlah lebih  3 bilion rupiah (RM902,569). – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading