Tapak kuarters sudah diserah kepada pemilik tanah – Polis

Tapak kuarters sudah diserah kepada pemilik tanah – Polis

Tapak kuarters sudah diserah kepada pemilik tanah - Polis
Mohd Yusri dan Saarani dalam majlis di Lenggong, hari ini. – Foto BH/L MANIMARAN

LENGGONG: Balai Polis Kamunting di Taiping kekal di tapak sedia ada biarpun kuarters dan rumah ketua balai dirobohkan, susulan tuntutan tanah berkenaan oleh organisasi gereja.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tuntutan tanah seluas 0.55 hektar oleh organisasi gereja, iaitu The Titular Roman Chatholic Bishop of Malacca sudah selesai.

“Tiada lagi isu selepasnya dan kita pun sudah menyerahkan tanah itu kepada pemiliknya. Itu bukan tanah polis dan memang asalnya dahulu tanah pihak gereja.



“Balai Polis Kamunting kekal di situ. Yang tiadanya ialah kuarters berek kelamin berkenaan dan rumah ketua balai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Pada 9 Jun lepas, Mohd Yusri dilapor berkata, bangunan kuarters dan rumah Ketua Balai Polis Kamunting sudah dikosongkan untuk tindakan perobohan susulan isu tuntutan pemilikan tanah berkenaan.

Tanah berkenaan digunakan Polis Kontinjen Perak untuk tujuan pembinaan kuarters dan rumah Ketua Polis Balai sejak tahun 1951, iaitu 68 tahun selepas pemilikan organisasi gereja terbabit atau sejak tahun 1883.



Tapak kuarters sudah diserah kepada pemilik tanah – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading