Bella tarik diri berlakon bersama Ruhainies

 

Oleh Pena Merah

Bella tarik diri berlakon bersama Ruhainies
Bella tarik diri meneruskan penggambaran drama Terjerat bagi tayangan platform penstriman, iQIYI.

 

Pelakon jelita Bella Astillah menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama Terjerat terbitan OrangeTree Production bagi tayangan platform penstriman, iQIYI.



Difahamkan, ia susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di sini, minggu lalu.

Bella berkata, keputusan dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal, semalam.

“Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.

“Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih,” katanya kepada Harian Metro.



Dalam pada itu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama itu atas kerjasama yang sudah diberikan.

“Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” katanya.

Menerusi drama itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi oleh Ruhainies. – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading