Biden, Trump dijangka kembali berentap

Oleh – Syeikh Baran


Biden, Trump dijangka kembali berentap
Joe Biden (kiri) dan Donald Trump memperoleh pencalonan mencukupi daripada parti masing-masing bagi merebut jawatan Presiden AS.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendapat pencalonan mencukupi untuk dipilih sebagai calon Parti Demokrat bagi bertanding jawatan Presiden AS.

Perkhabaran terbaharu itu menyaksikan Biden dijangka kembali bersaing dengan bekas Presiden AS, Donald Trump yang masih kekal calon utama Parti Republikan.



Situasi itu juga sekali gus menjadi pemilihan Presiden AS yang pertama menyaksikan pertandingan dalam tempoh hampir 70 tahun.

Biden memerlukan 1,968 perwakilan bagi memenangi pencalonan dan Edison Research berkata, beliau mengatasi undian yang diperlukan pada malam Selasa ketika keputusan mula diperoleh daripada persaingan utama di Georgia.

Ia mendahului keputusan yang dijangkakan dari Mississippi, negeri Washington, Kepulauan Mariana Utara dan ahli Demokrat yang bermastautin di luar negara.

Trump juga dijangka memperoleh pencalonan mencukupi Parti Republikan ketika empat negeri mengadakan pertandingan termasuk di Georgia.



Keputusan itu pada dasarnya sudah tersurat, selepas saingan terakhir Trump untuk pencalonan Republikan iaitu bekas Duta Besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley berundur.

Haley menamatkan kempen presidennya berikutan Trump pada minggu lalu ketika Super Tuesday, tampil dengan prestasi luar biasa apabila beliau memenangi 14 daripada 15 pertandingan peringkat negeri. – Agensi

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading