Jakim, JHEAT diarah siasat kemunculan semula ajaran Ayah Pin

Oleh – Syeikh Baran


Jakim, JHEAT diarah siasat kemunculan semula ajaran Ayah Pin
MOHD. NA’IM Mokhtar menerima sumbangan Raja Saudi menerusi Mesaad Ibrahim Al Sulaim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini. – Foto oleh AMREE AHMAD

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diarah bekerjasama bagi menyiasat kemunculan semula ajaran Ayah Pin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya mengarahkan kerjasama itu dibuat bagi menyiasat perkara itu selain dibuat pihak polis sendiri.



“Semua agensi ini akan memantau dan memberi nasihat khususnya kepada penduduk Terengganu untuk berhati-hati dengan ajaran sesat tersebut,” katanya pada majlis penyerahan hadiah sumbangan Raja Arab Saudi bersempena Ramadan tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Semalam, media melaporkan dakwaan bekas pengikut Ayah Pin mahu menghidupkan kembali ajaran itu di Daerah Besut sehingga mencetuskan kebimbangan umat Islam.

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan Jakim belum lagi menerima apa-apa laporan mengenai sudah bagi menghidupkan semula Ayah Pin di Terengganu.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading