PRN 6 Negeri: Anak Muda Sudah Bersuara

PRN 6 Negeri: Anak Muda Sudah Bersuara

PRN 6 Negeri: Anak Muda Sudah Bersuara

Undi anak muda dalam pilihanraya tidak boleh dianggap remeh.

Barisan Nasional yang sudah lebih 6 dekad menguasai kerajaan pusat, akhirnya tumbang dalam PRU 14 kerana undi anak muda.

UMNO yang sudah lebih 7 dekad dominan di kalangan pengundi Melayu, mendapat kekalahan yang paling teruk dalam PRU 15 kerana undi anak muda.



Penuntut UUM, Hawani Athirah, 23, berkata, pengundi muda ketika ini sangat penting dalam menentukan kepemimpinan negeri yang diyakini dapat membawa perubahan lebih baik.

“Pengundi belia Malaysia yang berusia 18 hingga 29 tahun adalah blok pemilih terbesar dalam kalangan lebih 20 juta rakyat Malaysia yang dijangka keluar mengundi,” jelas beliau.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Kamalin Huda Azizan, 22, pula berkata:

“Pemimpin harus peka dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat”.



“Saya memilih pemimpin yang mengambil berat dan menjalankan tanggungjawab mereka”.

“Golongan muda semakin bijak menentukan pemimpin pilihan mereka”.

“Terutama menerusi maklumat yang diperoleh di platform media untuk mengetahui isu politik yang semasa negara,” jelas beliau.

Sementara itu, pembantu Klinik, Nur Farah Ain, 20, berkata, dia tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi dalam PRN kali ini.



“Saya harapkan pemilihan kerajaan negeri menerusi PRN ini mampu membawa sesuatu pembaharuan yang lebih baik serta memperjuangkan hak rakyat,” jelas beliau.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dengarkan pula suara anak muda melalui video klip di atas.



Bagi [enulis, semakin jelas, anak muda sudah semakin bijak menilai.

Anak muda sudah muak dengan politik fitnah dan caci mencaci.

Yang mereka mahukan kehidupan yang lebih selesa dan sempurna melalui undian mereka.

Mereka tidak ada masa untuk mendengar kempen maki hamun, caci mencai, kafir mengkafir serta fitnah memfitnah.



Mereka hadir untuk mendengar ceramah politik, tetapi kehadiran mereka bukan jaminan kepada sokongan mereka di peti undi.

Syabas anak muda, tolak politikus yang hanya tahu membawa kehancuran demi memenuhi nafsu serakah peribadi mereka.

 

PRN 6 Negeri: Anak Muda Sudah Bersuara

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading