Tidak daftar PADU mungkin terlepas bantuan kerajaan

 

Oleh Pena Merah

Tidak daftar PADU mungkin terlepas bantuan kerajaan

Terdapat kemungkinan individu yang tidak mengemaskini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi Kerajaan.



Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, bagaimanapun, kerajaan akan menggunakan kaedah pengintegrasian untuk membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah.

Menurutnya, sehingga 12 Mac, Padu telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif.

“Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.

“Oleh yang demikian, Kerajaan memohon sokongan dan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan usaha mendaftar dalam sistem Padu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berhubung alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar Padu dan jaminan mereka tidak akan ketinggalan dari mendapatkan bantuan Kerajaan.

Tambah Hanifah Hajar, pendaftaran tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas untuk mengemas kini maklumat dan data menerusi Padu.

“Setakat 19 Mac, hampir 6.03 juta bersamaan 27.4 peratus penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar Padu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading