Bila Kacang Lupakan Kulitnya

 

Bila Kacang Lupakan Kulitnya

 

Dalam podcast KS, Khairy Jamaluddin (KJ) telah cuba membuat soalan provokasi kepada tetamu jemputan, Saifuddin Nasution, dengan melabelkan UMNO sebagai biawak hidup dalam Kerajaan Perpaduan.

Malah KJ tanpa teragak-agak mendakwa orang Melayu sudah membenci UMNO.



Tetapi cubaan KJ telah ditepis oleh Saifuddin dengan tegas dan menjelaskan dalam kerjasama politik istilah memikul biawak hidup adalah istilah yang salah.

Saifuddin mengakui UMNO kini sedang bergelut untuk menarik balik kepercayaan orang Melayu.

Tetapi beliau lebih selesa melihat UMNO sebagai partner in struggle.

Bagi penulis, perbincangan antara KJ dan Saifuddin jelas menunjukkan perbezaan kematangan berpolitik antara mereka berdua.



KJ melabelkan UMNO sebagai biawak hidup hanya berdasarkan kepada keputusan PRU 15 dan PRN 6 Negeri.

Manakala Saifuddin tidak melihat keputusan kedua-dua pilihanraya tersebut sebagai penanda aras kepada kekuatan sebenar UMNO.

Beliau melihat UMNO sebagai sebuah parti yang masih mempunyai kekuatan untuk mengembalikan kegemilangan parti tersebut.

Di sinilah perbezaan antara mereka berdua.



KJ hanya melihat apa keuntungan yang beliau boleh dapat dari parti yang beliau sertai.

Manakala Saifuddin pula melihat apa yang boleh dibantu kepada kawan yang sedang mengalami masalah supaya kekuatan bersama dapat dibina.

KJ juga mendakwa orang Melayu sudah membenci UMNO dan keadaan itu sangat mustahil untuk dipulihkan semula.

Tetapi KJ lupa, pentas politik di Malaysia adalah pentas permainan politik persepsi.



Sokongan rakyat kepada sesuatu parti politik boleh berubah sekiranya persepsi yang positif dapat dimainkan dengan baik.

Sebagai contoh dalam Pilihanraya Umum 2004, PKR hanya memenangi satu kerusi parlimen di Permatang Pauh.

Tetapi dengan semangat setiakawan dan kerja keras pemimpin dan ahli parti, kini mereka adalah parti yang menerajui kerajaan.

Punca Kepada Kelemahan UMNO

Bila Kacang Lupakan Kulitnya



 

KJ lupa, sebenarnya beliau adalah punca utama kepada sokongan rakyat kepada UMNO/BN menjadi semakin lemah.

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Razlan Mohamad Rafii, menjelaskan bagaimana sikap KJ sebenarnya yang menyebabkan UMNO semakin lemah.



Mungkin KJ lupa atau buat-buat lupa, beliau dan idola beliau, Hishamuddin Hussien, menjadi punca mengapa UMNO/BN dijauhi oleh masyarakat bukan Melayu.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2007, beliau ketika itu adalah Naib Ketua Pemuda UMNO dan Hishamuddin yang menjadi Ketua Pemuda UMNO telah melakukan tindakan yang sangat tidak bijak.

Bila Kacang Lupakan Kulitnya (1)

 

Tindakan mereka berdua yang menjulang keris secara bergilir-gilir telah mendapat kritikan hebat dari masyarakat bukan Melayu.

Akhirnya di PRU 11 pada tahun 2008, BN buat kali pertama kehilangan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat.

Keadaan menjadi bertambah parah apabila KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO selepas itu gagal mengembalikan sokongan orang muda kepada UMNO.

UMNO bernasib baik kerana KJ kalah dalam pemilihan UMNO 2018 untuk jawatan presiden yang dimenangi oleh DS Zahid sehingga ke hari ini.

Sekiranya KJ menang dalam pemilihan UMNO 2018 dahulu, sudah pasti pada hari ini, UMNO hanya akan tinggal sejarah.

 

Bila Kacang Lupakan Kulitnya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button