‘Saya mahu hukuman gantung sampai mati’

Oleh – Syeikh Baran


'Saya mahu hukuman gantung sampai mati'
NG dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta dikenakan 12 sebatan atas kesalahan mengedar 2.7 kg dadah methampethamine pada 2018. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.

“Saya mahu hukuman gantung sampai mati. Itu sahaja,” kata tertuduh, Ng Chan Keong, 39, ketika diberi peluang oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, untuk menyatakan hasrat terakhir selepas disabitkan atas pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 2.7 kilogram (kg), enam tahun lalu.

Sebaik prosiding bersambung beliau menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 2 Oktober 2018 dan 12 sebatan.

Terdahulu, ketika membacakan penghakimannya, Anslem berkata, selepas menimbangkan keseluruhan keterangan dan hujah kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Beliau berkata, bagaimanapun mahkamah berpuas hati pendakwaan membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Ng didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 2.7 kilogram di tepi lorong kecemasan KM 215 arah Kuala Lumpur-Johor Bahru, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Alor Gajah di sini, pada 2 Oktober 2018, kira-kira jam 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Wan Zaleha Abdul Wahab.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu bermula 10 September 2020.

Sementara itu, seorang wanita ahli keluarga tertuduh bertindak biadap dengan menghalang wartawan merakam gambar tertuduh selepas prosiding selesai.

Malah, tertuduh turut memaki hamun wartawan, sebelum ditenteramkan oleh polis mahkamah.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker