AKPK Kelantan bantu 219 PMKS urus kewangan

AKPK Kelantan bantu 219 PMKS urus kewangan

AKPK Kelantan bantu 219 PMKS urus kewangan
Pemangku Ketua Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kelantan Siti Suhaila Ab Hamid (kanan) menerangkan bantuan penstrukturan semula hutang kepada peminjam di AKPK Kelantan di sini. FOTO BERNAMA

AGENSI Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kelantan telah membantu seramai 219 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menguruskan kewangan mereka menerusi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) sejak 2020 hingga Februari tahun ini.

Ketua AKPK cawangan negeri Kelantan, Siti Suhaila Ab Hamid berkata, daripada jumlah itu lebih RM142 juta jumlah tunggakan hutang berjaya distrukturkan bagi membantu PMKS yang terdiri daripada peniaga milikan tunggal, usahawan mikro dan sederhana untuk mengawal kembali keadaan kewangan perniagaan mereka.

“AKPK memainkan peranan secara proaktif dalam menyediakan pendedahan, nasihat serta bantuan kepada peniaga atau usahawan terutamanya kepada mereka yang menghadapi cabaran dalam menguruskan aliran tunai perniagaan.



“Mereka dibantu secara kolektif melalui penstrukturan semula pinjaman atau pembiayaan perniagaan dan pelan bayaran balik pinjaman tersebut itu dipersetujui oleh peminjam dan insititusi kewangan atau agensi pemberi pinjaman yang terlibat,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti Suhaila berkata, AKPK menyediakan modul yang relevan berkenaan teknik dan penyediaan templat pengurusan akaun perniagaan lebih sistematik melalui modul ‘Bijak Wang Bijak Niaga’ yang memperincikan ciri-ciri matlamat kewangan perniagaan, perancangan sumber pendapatan perniagaan berbanding perbelanjaan melalui cara pengiraan menggunakan kalkulator yang sangat mudah dan interaktif.

AKPK Kelantan bantu 219 PMKS urus kewangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button