Umum agihan pendapatan RM2 bilion

Umum agihan pendapatan RM2 bilion

Umum agihan pendapatan RM2 bilion
GAMBAR hiasan

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 untuk dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

ASB 2 mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM0.67 bilion, bersamaan 5.25 sen seunit kepada 552,297 pemegang unit yang kini memiliki 12.73 bilion unit, dan ASM mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM1.33 bilion, iaitu bersamaan 4.75 sen seunit kepada 699,807 pemegang unit dengan pegangan 28.05 bilion unit.

Sehingga 25 Mac 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta, manakala ASM mencatatkan RM1.42 bilion.



ASNB dalam kenyataan berkata, kedua-dua dana telah memperoleh pendapatan menerusi pendapatan terealisasi dan dividen daripada pelaburan domestik dan antarabangsa dalam persekitaran inflasi yang tidak menentu serta keraguan terhadap kemelesetan ekonomi yang meningkat.

“Kedua-dua dana juga telah memperoleh hasil daripada strategi kepelbagaian portfolio dalam kelas aset lain seperti hartanah dan pelaburan persendirian, dengan penekanan terhadap instrumen pendapatan tetap yang menyediakan pendapatan berulang stabil kepada kedua-dua dana itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat




“Pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM adalah bersamaan dengan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 5.25 peratus dan 4.75 peratus, kedua-duanya mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas untuk ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM,” katanya.

Menurutnya, pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.

“Pengagihan diisytiharkan dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2024.

“Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet akan ditangguhkan sementara bermula 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan,” katanya.



Umum agihan pendapatan RM2 bilion

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button