Rusuhan peniaga bazar Ramadan: 4 suspek ditahan ada rekod dadah, jenayah

Rusuhan peniaga bazar Ramadan: 4 suspek ditahan ada rekod dadah, jenayah

Rusuhan peniaga bazar Ramadan: 4 suspek ditahan ada rekod dadah, jenayah

 

KUALA LUMPUR: Polis merampas sebatang ‘fork lock’ (pengunci kenderaan) dan sebuah kerusi plastik dipercayai digunakan dalam insiden rusuhan susulan pertengkaran dua peniaga di tapak bazar Ramadan di Taman Medan, di sini, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata hasil semakan juga mendapati empat daripada tujuh suspek yang ditahan berhubung kes itu, memiliki rekod dadah dan jenayah.

“Tiga daripada empat suspek yang mempunyai rekod itu adalah berkaitan kes dadah, manakala seorang lagi pula memiliki rekod jenayah serta dadah.

“Siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dua peniaga dilaporkan bertengkar selepas tercetus perselisihan faham berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat


Shahrulnizam dipetik berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila wanita yang berniaga jus tembikai, berselisih faham dengan lelaki menjual popia.

Beliau berkata, lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati selepas wanita terbabit didakwa masuk ke kawasan tapak perniagaannya, menyebabkan tercetus pertengkaran.



Susulan itu, katanya, lelaki terbabit didakwa mengambil sebatang besi sebelum memukul wanita berkenaan sehingga berlaku kekecohan.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama kenal.

“Bagaimanapun, pada jam 5.30 petang semalam, anak-anak lelaki itu yang masih tidak berpuas hati, kemudian didakwa menyerang anak saudara wanita terbabit yang sedang berniaga sehingga berlaku rusuhan membabitkan kedua-dua pihak.

“Susulan itu, kami menahan kesemua mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 40-an,” katanya.



Rusuhan peniaga bazar Ramadan: 4 suspek ditahan ada rekod dadah, jenayah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button