Pemandu jentera pengorek maut dilanggar bas kilang
Pemandu jentera pengorek maut dilanggar bas kilang

BALING: Penunggang motosikal maut selepas dilanggar bas kilang dari belakang di hadapan simpang tiga lampu isyarat di Jalan Merbau Pulau-Kuala Ketil, malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa, Ooi Su Ching, 43, yang bekerja sebagai pemandu jentera pengorek (back hoe) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Bagaimanapun, tujuh penumpang bas yang juga pekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang berusia antara 23 hingga 46 tahun dan pemandu bas terbabit selamat dan tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, anggotanya di Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dengan motosikal itu pada jam 8.19 malam.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, bas kilang itu dari arah Bayan Lepas selepas mengambil pekerja kilang terbabit ke Pekan Kuala Ketil untuk menurunkan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Mangsa yang menunggang motosikal Honda pula dari arah tempat kerjanya di Kuala Bakong menghala balik ke rumahnya di Kuala Ketil.
Shamsudin berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit terjatuh di laluan bertentangan dan cedera parah di kepala kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim dan dibedah siasat hari ini untuk mengetahui punca kematian.
“Pemandu bas kilang berusia 38 tahun itu ditahan dan turut diambil sampel air kencingnya untuk siasatan lanjut,” katanya.
Shamsudin berkata, permohonan reman terhadap pemandu bas terbabit juga akan dipohon di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Pemandu jentera pengorek maut dilanggar bas kilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
- Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :