F1: Dominasi Verstappen berterusan

F1: Dominasi Verstappen berterusan

F1: Dominasi Verstappen berterusan
VERSTAPPEN meraih kemenangan ketujuh musim ini selepas merangkul gelaran juara pada GP Hungary di Litar Hungaroring kelmarin. – AFP

BUDAPEST – Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner percaya pelumbanya, Max Verstappen layak menerima pujian selepas memenangi Grand Prix (GP) Hungary di Litar Hungaroring malam kelmarin.

Walaupun bermula di petak kedua, namun ia langsung tidak menghalang juara dunia itu daripada memimpin perlumbaan seawal pusingan pertama sebelum jauh meninggalkan pencabar-pencabarnya.

Horner berkata, Verstappen kebiasaannya tidak terlalu gemarkan perhatian melampau yang diberikan terhadapnya, namun beliau percaya pelumba Belanda itu layak untuk menerima pujian tersebut.



“Dia adalah seorang pelumba yang sebati dengan jentera selain menaruh sepenuh kepercayaan kepada pasukan. Hari ini (kelmarin) dapat dibuktikan apabila dia memenangi perlumbaan ketujuh berturut-turut.

“Max (Verstappen) seorang pelumba yang merendah diri dan kurang selesa dengan setiap pujian diterima. Bagaimanapun, aksinya di litar menyebabkan dia berhak menerima perhatian tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau juga gembira dengan kejayaan Red Bull mencatat rekod baharu menerusi 12 kemenangan berturut-turut, sekali gus meleburkan rekod McLaren yang sudah bertahan selama 35 tahun.

 



“Saya masih ingat menyaksikan (Ayrton) Senna dan (Alain) Prost melakar rekod tersebut. Sekarang kami dapat meleburkan rekod berkenaan, ia satu pencapaian hebat untuk pasukan,” ujar Horner. – AGENSI

F1: Dominasi Verstappen berterusan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading