Kerajaan tidak mengenakan cukai perkhidmatan di zon bebas cukai
Kerajaan tidak mengenakan cukai perkhidmatan di zon bebas cukai
MOF berkata, semua perkhidmatan di bawah Kumpulan J: Perkhidmatan Logistik yang dibekalkan di dalam dan di antara kawasan khas/kawasan ditetapkan atau di antara kawasan khas dengan kawasan ditetapkan atau sebaliknya tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan kecuali perkhidmatan ejen kastam yang kekal dikenakan cukai perkhidmatan seperti layanan terdahulu.
Justeru, katanya zon perdagangan dan perindustrian bebas seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Barat di Selangor serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor akan memperoleh manfaat daripada pengecualian itu.
MOF berkata, pengecualian daripada membayar cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan penghantaran laut bagi semua barang yang dihantar menggunakan mod pengangkutan laut, terhad kepada perjalanan/destinasi Semenanjung ke Sabah/ Sarawak/Labuan; Sabah/Sarawak/Labuan ke Semenanjung dan perjalanan di antara Sabah, Sarawak dan Labuan.
Kerajaan juga bersetuju supaya pengecualian membayar cukai perkhidmatan diberikan kepada perkhidmatan penyenggaraan yang berkaitan perkhidmatan pembaikan bangunan rumah kediaman; kumpulan wang pelepas (sinking fund) dan perkhidmatan penyenggaraan berkaitan tanah atau bangunan bagi kegunaan kediaman disediakan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau persatuan kediaman.
Katanya, ia bermaksud apa-apa perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan di premis kediaman seperti pembaikan bumbung rumah atau apa-apa peralatan dan kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada premis kediaman seperti lif, penyaman udara serta sistem pemanas air tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat
- Bila Kacang Lupakan Kulitnya
- ‘Sukarelawan’ PASTI Di Suruh Berbohong Ketika Lawatan JTK?
Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pengecualian cukai perkhidmatan bagi sektor logistik dan penyenggaraan disediakan atas keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan pada masa yang sama, memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.
“Bagi terus memelihara daya saing negara, kerajaan tidak mengenakan cukai perkhidmatan di kawasan zon bebas cukai,” katanya.
Penambahbaikan itu dibuat susulan daripada peluasan skop pengecualian cukai perkhidmatan bagi sektor logistik yang diumumkan pada 11 Mac 2024.
Kerajaan tidak mengenakan cukai perkhidmatan di zon bebas cukai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :