Pemilik bagasi RM500,000 tampil, dakwa tak sedar bagasi tertinggal

Pemilik bagasi RM500,000 tampil, dakwa tak sedar bagasi tertinggal

Pemilik bagasi RM500,000 tampil, dakwa tak sedar bagasi tertinggal
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (dua kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebuah beg yang berisi duit setengah juta yang dijumpai di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Damansara. – Foto fail NSTP

PETALING JAYA: Selepas lebih seminggu, individu yang mendakwa sebagai pemilik kepada bagasi yang mengandungi RM500,000 yang ditemui di pusat beli-belah di Damansara, akhirnya tampil memberi keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Buletin TV3 memaklumkan polis merakam keterangan lebih sejam selepas lelaki itu hadir di Balai Polis Damansara sekitar jam 5 petang semalam.

Dalam keterangannya, lelaki yang juga pengarah syarikat kayu balak itu mendakwa tidak sedar bagasi yang mengandungi wang yang diambil dari rumah rakannya di atas pusat beli-belah di Damansara itu, tidak dimasukkan ke dalam kenderaannya.



“Bagasi (yang mengandungi wang) itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang itu selepas dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.

“Dia perasan dia dah bawa masuk bagasi tu, dengan sebuah lagi beg ke dalam kereta lalu dia terus balik ke rumah dan tinggalkan bagasi itu semalaman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara




“Keesokan hari bila dia nak ambil bagasi berisi wang itu baru dia dapati bagasi tersebut tidak ada dalam keretanya,” katanya.

Bagaimanapun ketika kehadirannya semalam, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod bukti yang mengatakan wang itu adalah milik syarikatnya.

Siasatan terhadap tuntutan itu masih diteruskan.

“Prosedur dia lepas ini dia kena datang untuk bagi keterangan lanjut, macam mana dia dapat sumber duit itu.”



Pada 20 Mac lalu, seorang pengawal keselamatan menemui sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Setakat ini, hanya seorang individu yang tampil mendakwa bagasi berisi wang terbabit miliknya.

Pemilik bagasi RM500,000 tampil, dakwa tak sedar bagasi tertinggal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button