Polis patah rusuk motosikal dilanggar mat rempit

Polis patah rusuk motosikal dilanggar mat rempit

Polis patah rusuk motosikal dilanggar mat rempit

BUTTERWORTH: Seorang anggota polis patah tulang rusuk selepas motosikalnya dilanggar mat rempit di Kilometer 121.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara, awal pagi semalam.

Terdahulu anggota polis itu bersama seorang rakan sekerjanya mengekori dua motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun yang cuba meloloskan diri selepas didapati menunggang dalam keadaan berbahaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata tindakan kedua-dua suspek dikesan melalui Op Samseng Jalanan yang diadakan jam 3 pagi di kawasan Kampung Teluk, Sungai Dua dan Lebuhraya Lingkaran Luar (BORR).



Pemerhatian di kawasan lampu isyarat Kampung Teluk mendapati terdapat beberapa kumpulan motosikal sedang berkumpul dan menunggang secara berbahaya.

“Ketika pemerhatian didapati dua lelaki berlumba serta melakukan aksi berbahaya yang memaksa dua anggota polis mengekori kedua-dua motosikal terbabit yang cuba meloloskan diri ke arah Sungai Petani, Kedah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara


“Apabila tiba di Kilometer 121.5 PLUS, arah utara kedua-dua anggota cuba menahan motosikal terbabit, namun secara tiba-tiba satu daripada motosikal remaja itu telah melanggar motosikal seorang daripada anggota polis menyebabkan mereka terjatuh,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Katanya, remaja terbabit luka ringan dan kedua-dua mereka ditahan. Pemeriksaan mendapati sebuah motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu.



Polis menyita kedua-dua motosikal termasuk mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan antaranya mengubahsuai struktur motosikal, lesen memandu, tiada insurans perlindungan dan tiada cukai.

Polis patah rusuk motosikal dilanggar mat rempit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker