Tiga dicari polis kerana promosi pinjaman along, judi di Bazar Ramadan

Tiga dicari polis kerana promosi pinjaman along, judi di Bazar Ramadan

Tiga dicari polis kerana promosi pinjaman along, judi di Bazar Ramadan
Polis sedang mengesan tiga lelaki yang menjalankan aktiviti mempromosi pinjaman ceti haram atau ahlong serta judi dalam talian di kawasan Bazar Ramadan Stadium Perak, selepas rakaman perbuatan mereka tular di media sosial.

IPOH: Polis sedang mengesan tiga lelaki yang menjalankan aktiviti mempromosi pinjaman ceti haram atau ahlong serta judi dalam talian di kawasan Bazar Ramadan Stadium Perak, selepas rakaman perbuatan mereka tular di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pemeriksaan dan risikan yang dibuat berpandukan kepada video berdurasi 61 saat yang ditularkan peniaga bazar itu.

Katanya, siasatan awal mendapati ada tiga lelaki menjalankan kegiatan menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian sejak tiga hari lalu.



“Pada semalam, salah seorang peniaga bazar Ramadan di situ membuat rakaman kegiatan lelaki terbabit. Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi ‘online’ di setiap gerai di bazar itu.

“Temubual dengan pemilik akaun yang menularkan rakaman itu dibuat mengenai kejadian yang berlaku. Butiran kejadian sudah diperoleh dan usaha mengesan suspek yang disyaki sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara




Mohd Yusri berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu namun tindakan masih diteruskan termasuk bagi mengesan suspek terbabit.

Terdahulu, pemilik akaun Facebook, Oppa Zuzu Kitchen yang juga peniaga di Bazar Ramadan Stadium Perak, memuat naik video memaparkan kegiatan lelaki yang menyebarkan plakad iklan judi dan pinjaman ahlong.

Menerusi keterangan bertulis dalam video itu, perbuatan individu yang mempromosikan aktiviti terbabit dikatakan sudah ditegur namun pelakunya masih berdegil dengan terus mempromosikan kegiatan itu di bazar berkenaan khususnya kepada peniaga di situ.

Video itu setakat ini sudah menerima 7,700 tanda suka, dan sudah mendapat 890 perkongsian.



Tiga dicari polis kerana promosi pinjaman along, judi di Bazar Ramadan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button