‘Raja pilihan raya’ harap tuah kali ke-239

‘Raja pilihan raya’ harap tuah kali ke-239

'Raja pilihan raya' harap tuah kali ke-239
K Padmarajan. FOTO AFP

New Delhi: Biarpun kalah 238 kali dalam pilihan raya, lelaki India ini tidak berputus asa mahu memulakan kempen pilihan raya ke-239, tahun ini.

India akan memilih perdana menteri baharunya dan semua tinjauan menunjukkan Perdana Menteri Narendra Modi diramal menang untuk kali ketiga.

Dikenali sebagai ‘raja pilihan raya India’, K Padmarajan, 65, bertanding dalam pilihan raya untuk pelbagai jawatan daripada majlis tempatan hingga jawatan presiden India, namun tidak pernah berjaya.



Ia menjadikan dia pemegang Limca Book of Records sebagai individu paling tidak berjaya di negara itu. Limca Book of Records adalah buku yang memaparkan pencapaian penduduk di India.

Apa yang menariknya, Padmarajan kini bersiap sedia lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum selama enam minggu bermula 19 April ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara




Pencalonan Padmarajan untuk kerusi parlimen di negeri selatan Tamil Nadu juga menjadi tajuk utama di pelbagai media.

Walaupun tidak pernah menang, Padmarajan seorang selebriti tempatan yang terkenal dengan misai tebalnya.

Padmarajan berkata, keberanian sebenar ialah dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.

“Semua calon mencari kemenangan dalam pilihan raya. Bukan saya.



“Kemenangan dalam penyertaan dan apabila kekalahannya pasti datang gembira (kerana) kalah,” katanya.

Padmarajan berkata, dia membayar kos yang besar untuk usahanya yang tidak henti-henti untuk menjadi ahli parlimen.

“Saya kehilangan berjuta-juta rupee dalam deposit yang sepatutnya dibuat calon untuk bertanding di India,” katanya.

Di sebalik itu, Padmarajan menjalani kehidupan sederhana dengan menjalankan kedai membaiki tayar dan menawarkan rawatan homeopati, selain berkhidmat sebagai editor untuk saluran media tempatan.



Selama bertahun-tahun, beliau pernah bertanding dengan melawan beberapa tokoh terkemuka termasuk perdana menteri Narendra Modi, Atal Bihari Vajpayee dan Manmohan Singh, serta ketua parti pembangkang terbesar India, Rahul Gandhi.

Ini akan menjadi pilihan raya ke-239 disertai oleh Padmarajan yang berasal dari bandar Dharmapuri di Tamil Nadu.

Padmarajan merekodkan pencapaian terbaiknya pada 2011 apabila menerima sejumlah 6,273 undian semasa bertanding dari kampung halamannya Mettur, menurut saluran berita India TV.

‘Raja pilihan raya’ harap tuah kali ke-239


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button